Jambatan Penghubung Kasih Melaka-Johor runtuh

 PENDUDUK terkandas berikutan jambatan sepanjang 100 meter digelar 'Penghubung Kasih' yang menjadi laluan utama penduduk kampung Melaka dan Johor di Sungai Kesang runtuh. Jambatanberusia 30 tahun itu menghubungkan Kampung Parit Penghulu, Jasin dan Kampung Telok Rimba, Ledang, Johor.- Foto Muhammad Hatin Ab Manan

PENDUDUK terkandas berikutan jambatan sepanjang 100 meter digelar 'Penghubung Kasih' yang menjadi laluan utama penduduk kampung Melaka dan Johor di Sungai Kesang runtuh. Jambatanberusia 30 tahun itu menghubungkan Kampung Parit Penghulu, Jasin dan Kampung Telok Rimba, Ledang, Johor.- Foto Muhammad Hatin Ab Manan

JASIN: 'Jambatan Penghubung Kasih' berusia lebih 30 tahun di Sungai Kesang yang menjadi laluan utama penduduk kampung Melaka dan Johor, runtuh kira-kira jam 3 petang, semalam.

Penduduk Kampung Parit Penghulu Tengah, Sungai Rambai di sini, Md Dahan Md Sarip, 71, yang juga saksi utama kejadian berkata, dia yang menunggang motosikal bersama isteri hanya menyedari jambatan berkenaan runtuh sejurus melintasi laluan sepanjang 100 meter itu.

"Saya datang dari seberang Kampung Teluk Rimba, Daerah Ledang di Johor bersama isteri kerana ada urusan. Ketika melintasi jambatan, kami tidak perasan apa-apa dan mujur tiada kenderaan lain.

"Sebaik tiba di sini, tiba-tiba saya terdengar bunyi runtuhan. Saya memberhentikan motosikal lalu menoleh ke belakang dan terkejut jambatan yang baru saya lalui itu hilang sekelip mata," katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, hari ini.

Md Dahan kemudian segera menghubungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abdul Rahman bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Hasan yang juga EXCO Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, berkata kira-kira 5,000 pengguna terkandas apabila jambatan yang dibina dengan kos kira-kira RM700,000 itu runtuh kerana ia laluan utama penduduk kampung keluar masuk ke Melaka dan Johor untuk berurusan.

Beliau berkata, pengguna membabitkan golongan pesawah, peladang, kanak-kanak bersekolah, selain pemandu lori, motosikal dan kereta menggunakan laluan utama itu setiap hari.

"Syukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan langkah pemantauan (Jabatan Bomba dan Penyelamat) diambil dalam tempoh kira-kira dua jam semalam, namun kita dapati tiada apa-apa di bawah sungai," katanya selepas meninjau kawasan berkenaan, hari ini.

sumber : https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/2644/2017/01/237739/jambatan-penghubung-kasih-melaka-johor-runtuh





0 Response to "Jambatan Penghubung Kasih Melaka-Johor runtuh"

Catat Ulasan